Bahagian Sumber Manusia,
SOTStars.co
Kepada,
,
Tetamu Jemputan.
Tuan / Puan,
Memohon Sumbangan Untuk Majlis Makan Malam, SOTS : DOTA.
Merujuk perkara di atas, pihak kami, SOTStars.co, memohon jasa baik pihak tuan/puan untuk menyumbang kewangan atau hadiah kepada pihak kami.
2. Untuk makluman tuan/puan, pihak kami, SOTStars.co, akan mengadakan majlis makan malam, "Silhouettes of The Stars: Dinner of The Ancient". Butiran mengenai majlis tersebut adalah seperti berikut:
- Tarikh : 6hb Disember 2016
- Hari : Selasa
- Masa : 8pm-10pm
- Tempat: Ivory hall, Ivory 1, Jalan Desa Permai, Bandar Country Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.
3. Sumbangan daripada pihak tuan/puan amatlah dialukan bagi digunakan perbelanjaan khas seperti pembelian hadiah pada majlis makan malam nanti.
4. Mengenai penyerahan sumbangan, pihak tuan/puan boleh berhubung dengan Pengurus Perhubungan Tetamu, Prxyxshx. Jika terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi Priyasha ( H/P: +60##-### #### ). Sumbangan jenis kewangan juga boleh dibuat secara online. Untuk sumbangan jenis online, tuan/puan boleh menghubungi Pengurus Bahagian Kewangan iaitu Nur Adnin ( H/P: +60##-### ### ).
5. Segala jasa baik pihak tuan/puan didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian, Terima Kasih.
Yang Menjalankan Tugas,
(ttg)
............................,
( Prxyxshx ),
b.p. Pengurus Program,
Pengurus Perhubungan Tetamu,
Bahagian Sumber Manusia,
SOTStars.co