Thursday, 2 February 2017

Contoh Surat Memohon Sumbangan Untuk Majlis Makan Malam

Pengurus Perhubungan Tetamu,
Bahagian Sumber Manusia,
SOTStars.co

Kepada,
                                                    ,
Tetamu Jemputan.

Tuan / Puan,
Memohon Sumbangan Untuk Majlis Makan Malam, SOTS : DOTA.

Merujuk perkara di atas, pihak kami, SOTStars.co, memohon jasa baik pihak tuan/puan untuk menyumbang kewangan atau hadiah kepada pihak kami.

2. Untuk makluman tuan/puan, pihak kami, SOTStars.co, akan mengadakan  majlis makan malam, "Silhouettes of The Stars: Dinner of The Ancient". Butiran mengenai majlis tersebut adalah seperti berikut:

  • Tarikh  : 6hb Disember 2016
  • Hari        : Selasa
  • Masa      : 8pm-10pm
  • Tempat: Ivory hall, Ivory 1, Jalan Desa Permai, Bandar Country Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.
3. Sumbangan daripada pihak tuan/puan amatlah dialukan bagi digunakan perbelanjaan khas seperti pembelian hadiah pada majlis makan malam nanti.

4. Mengenai penyerahan sumbangan, pihak tuan/puan boleh berhubung dengan Pengurus Perhubungan Tetamu, Prxyxshx. Jika terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi   Priyasha ( H/P: +60##-### #### ). Sumbangan jenis kewangan juga boleh dibuat secara online. Untuk sumbangan jenis online, tuan/puan boleh menghubungi Pengurus Bahagian Kewangan iaitu Nur Adnin ( H/P: +60##-### ### ).

5. Segala jasa baik pihak tuan/puan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Menjalankan Tugas,
(ttg)
............................,
( Prxyxshx ),
b.p. Pengurus Program,
Pengurus Perhubungan Tetamu,
Bahagian Sumber Manusia,
SOTStars.co